About Me

Sunday, January 9, 2011

Apa itu KVM switch


KVM switch (dengan KVM menjadi singkatan untuk Keyboard, Video atau Visual Display Unit, Mouse) ialah sebuah peranti keras yang membolehkan pengguna untuk mengawal beberapa komputer dari satukeyboard , monitor video dan mouse . Meskipun banyak komputer yang disambungkan ke KVM, biasanya sejumlah kecil komputer dapat dikawal pada suatu masa yang tertentu. Alat moden juga menambah kemampuan untuk berkongsi USB device dan speaker dengan beberapa komputer. Beberapa KVM switch juga boleh berfungsi secara terbalik – iaitu, satu PC boleh disambungkan ke beberapa monitor, keyboard, dan tikus. Walaupun bukan yang biasa seperti itu, bekas tatarajah ini kepada ketika pembekal ingin mengakses komputer dari dua atau lebih (biasanya berdekatan) lokasi – contohnya, komputer awam kios yang juga mempunyai antara muka kakitangan penjagaan di belakang meja, atau pejabat rumah komputer yang berfungsi sebagai home theater PC.


Monday, January 3, 2011

Masalah NTLDR pada Windows XP

       Pernahkan anda mengalami masalah ini?anda mengalami masalah ketika hendak hidupkan komputer anda...terdapat mesej keluar seperti :-
  • NTLDR is Missing Press any key to restart 
  • Boot: Couldn't find NTLDR Please insert another disk 
  • NTLDR is missing Press Ctrl Alt Del to Restart 
Penyebab Masalah ini ialah ;
NTLDR adalah fail sistem windows Xp.Fail ini sangat penting dan pertama sekali diperlukan supaya proses boot windows XP...Masalah berlaku apabila fail NTLDR ini tidak dapat diBoot...windows tidak dapat meneruskan proses boot jika fail ini hilang.Selain itu masalah ini juga disebabkan :-
  • Virus menggangu fail penting ini.
  • masalah Bad Sector pada Hard disk anda.
  • Fail NTLDR atau NTDETECT.COM sengaja di delete.
Apa yang anda harus lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
1. Sediakan Cd Installer windows XP.

Langkah-langkah :-
 Masuk ke setup bios anda untuk menukarkan boot pertama anda ialah CD Rom.Caranya ialah dengan menekan butang F2,del atau F1 dan sebagainya terpulang kepada jenis motherboard anda.Ubahkan First Boot Device kepada Cd Rom.

 Menu pada bios anda berbeza mengikut jenis chip bios komputer anda.
Untuk boot ke cd Windows Xp anda,anda perlu menekan sebarang butang papan kekunci anda apa bila mesej Press Any key to Boot from Cd-rom. Anda harus tunggu sehingga mesej seperti dibawah ini keluar.anda harus pilih To repair a Windows XP installation using Recovery Console,Press R .... Klik butang R.
Anda akan ditanya sistem mana yang anda hendak baiki,Masukkan angka 1 kemudian Enter.
Abaikan mesej Type the Administrator Password dengan menekan butang Enter jika tiada password admin.

Selepas itu taip ;-
  • COPY e:\i386\NTLDR C:
  • COPY e:\i386\NTDETECT.COM C: 
Perhatian : tukarkan e: kepada drive cd-rom anda contohnya E: F: atau sebagainya.
Selepas itu,restart komputer anda,Semoga Masalah anda selesai!